Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

DIARI SEORANG PSIKIATRI

Kemurungan merupakan suatu episode kehidupan yang sangat sukar dilalui.Kesukaran itu pula tidak boleh diceritakan menggunakan perkataan melainkan mereka yang melaluinya sahaja yang benar benar memahami.Pada masa sama keadaan mereka itu juga perlu untuk difahami. Tahukah anda apakah antara perasaan yang sering dialami oleh mereka yang menghidap kemurungan ini? Disebabkan fungsi kognitif yang terganggu serta perasaan murung berpanjangan maka mereka akan berasa diri masing masing menjadi satu bebanan kepada orang lain.Berasa bahawa mereka tidak layak untuk hidup kerana menyusahkan orang lain.Pesakit juga berasa malu dengan diri sendiri,sedih kerana tidak cukup kuat,berasa kecewa kerana dianggap terlalu lemah dan tidak beupaya untuk melawan. Lantas disebabkan perasaan perasaan tersebut maka pesakit akan memakai “topeng” di hadapan manusia lain.Dengan itu anda akan melihat mereka tersenyum.Namun begitu pernahkah anda melihat mereka menangis? Seorang pesakit pernah memberit...

SEJARAH PENULISAN AL QURAN (KITAB WAHYU)

NASKHAH kitab al-Quran yang ada pada hari ini lengkap dengan titik dan tanda baris serta wakaf yang mudah untuk kita membacanya, melalui lima fasa bermula dengan penulisan wahyu Allah SWT oleh sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW. Walaupun ketika hayat Baginda, al-Quran dipelajari menerusi hafazan dengan cara sahabat bertalaqi (belajar dalam bentuk pertemuan dengan guru) bersama Rasulullah SAW, Baginda akan meminta sahabat yang dipertanggungjawabkan untuk menulis wahyu Allah SWT itu secepat mungkin. Dalam kalangan sahabat, terdapat enam penulis al-Quran yang paling popular, iaitu Abdullah ibnu Saad, Uthman ibnu Affan, Ali ibnu Abi Talib, Ubai ibnu Kaab, Zaid ibnu Thabit dan Muawiyah ibnu Abi Sufyan. Sebenarnya Rasulullah SAW mempunyai 44 penulis tetapi enam tokoh itu menjadi penulis tetap wahyu, manakala sahabat yang lain ada ditugaskan menulis surat rasmi. Ketika itu penulisan dibuat pada kulit atau ar-riqa'; tulang unta dan kambing yang sudah disamak (al-aktaf); pelepah tamar (...

TRIP KE PULAU LANGKAWI 4H 3M

Imej
Hai korang jemputlah untuk tengok dalam blog saya yang tak seberapa ni,so saya hari ni nak share pengalaman masa saya pergi bercuti ke pulau langkawi..So untuk first time travel ni mula lah kami buat itinerary dulu kalau tak memang schedule kami terabur lah kan..hehehehe...btw kami buka lah portal Air Asia yang dikatakan kapal terbang tambang murah tu (murah la sangat)...check punya check dapat la jumpa harga yang terbaik,arrange RM 400 ++  gitu .Boleh la so saya pergi seramai 3 orang so memang sangat berbaloi beb mana nak dapat kan..kitaorang pergi sana 5/5 - 8/5..ok la kan Air Asia ada menawarkan pengunaan kad Big Pay air asia,kelebihan kad ni lepas saja kita membuat pembayaran tak ada fee charge so better korang mohon dulu kad ni just RM 20 saja,saya tak buat kad ni sebab baru je tahu huhu alamatnya kena la bayar fee charge tu tak sure berapa harganya.Lepas tu kitaorang cari tempat penginapan pula ya melalui Booking.com jadi tak cakap banyak terus booking and prepair go...

HAKIKAT KEJAYAAN SEBENAR DALAM ISLAM

Mengecapi Kebahagiaan yang Hakiki Banyak kes pembunuhan diri yang berlaku mutakhir ini berpunca daripada kehilangan rasa bahagia dalam diri pelakunya. Hakikatnya, setiap insan pasti mengharapkan kebahagiaan dalam hidup. Rasa bahagia ini merupakan suatu fitrah insan yang timbul dalam jiwa dan ia berunsurkan kegembiraan rohani. Maka, ia perlu dihubungkan dengan konteks ketaatan kepada Pencipta manusia iaitulah Allah SWT. Dalam Islam, kebahagiaan merupakan manifestasi daripada kejayaan. Malah, terdapat beberapa terminologi yang disebutkan di dalam al-Qur’an untuk menggambarkan kepada manusia mengenai kebahagiaan yang berkait dengan kejayaan seperti  an-najah  (kejayaan),  al-fawz  (kemenangan),  al-falah  (kemakmuran) dan  as-sa‘adah  (kegembiraan). Secara umumnya, terdapat dua bentuk kejayaan atau kebaikan sepertimana yang sering diminta di dalam doa yang juga firman Allah SWT yang bermaksud: “ … ‘Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebai...