Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

MENJELANG AKHIR RAMADAN

Imej
Sedar tak sedar kita sudah sampai kepada penghujung Ramadhan pasti ramai di antara kita berasa sedih ditinggalkan oleh satu bulan yang mulia...Ramai juga antara kita sudah puas mengumpul sebanyak mungkin pahala terutama sekali masa 10 malam terakhir yang terdapat malamnya malam lailatul qadar...Bulan ramadhan bulan yang barakah penuh kesucian ini sahaja peluang untuk kita membuat ibadah sebanyak mungkin bak pepatah dalam suatu nasyid Isilah Ramadhan dengan sebaiknya Kerna ia datang setahun sekali Tahun hadapan belum tentu jumpa Kerna kita mati bila-bila masa Kematian yang datang tak dapat dijangka kerana rahsia kematian itu merupakan Rahsia Allah Azza Wa Jalla..Jadi sebagai seorang insan yang bernama manusia wajib mengimani adanya kematian dan hari kebangkitan untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki..manusia yang tinggal di atas muka bumi ini sebelum mencapai timbangan amal di hari akhirat perlu mencapai beberapa fasa dalam kehidupan terutamanya ujian dalam hidup.Ujian yang datang mengh...

HIDUP POSITIF KECAP KEMANISAN IMAN

Sesungguhnya mental, fizikal dan spiritual adalah tiga aspek penting yang wujud dalam diri manusia sama ada yang bertamadun atau tidak, beragama atau tidak beragama. Ketiga-tiga aspek itu diisi oleh Islam berdasarkan panduan wahyu dengan nama iman, Islam dan ihsan. Iman adalah kepercayaan atau akidah. Islam adalah pengamalan atau syariat, manakala ihsan adalah kerohanian atau akhlak. Iman, Islam dan ihsan itu paksi kepada agama Islam seperti mana telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Ketiga-tiga paksi agama Islam itu mestilah diambil berat oleh setiap Muslim secara seiringan tanpa boleh dipisahkan. Apabila lengkap ketiga-tiga paksi itu maka lengkaplah penghayatan Islam seseorang. Sesungguhnya, kemanisan iman bermaksud perasaan gembira melakukan ibadah dan sanggup menanggung kesukaran demi mendapatkan keredaan Allah SWT serta rasul-Nya. Taatilah segala suruhan, larangan serta mengutamakan Allah SWT dan rasul-Nya lebih daripada segala-galanya. Rasulullah SAW menjelaskan, kemanisan iman i...