Catatan

AWAL RAMADHAN 2021

 Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog JURNAL HIDUP. Dah nak dekat setahun saya tak update blog ni..hari ni first ramadhan hari yang penuh rahmat dan keberkatan di mana semua umat Islam akan berpuasa dari terbit fajar sehingga masuknya azan maghrib yakni sehingga terbenamnya matahari... Puasa yang dapat kita fahami bukan sahaja sekadar menahan lapar dan dahaga akan tetapi menahan diri daripada melakukan perkara perkara kemungkaran.. Berpuasa dapat melemahkan syahwat yang menjadi punca kemaksiatan. Nilai ketakwaan dalam ibadat itu menyebabkan seseorang itu perlu meninggalkan perkara disukainya seperti makan, minum dan berjimak pada siang hari. Jika perkara itu berjaya ditangani, dia mampu menahan diri sebagaimana berupaya menahan dirinya daripada melakukan kemungkaran kepada Allah SWT. Oleh itu, seorang Muslim akan menjadi orang bertakwa. Itulah nasihat yang sering didengari ketika khatib menyampaikan khutbah Jumaat yang turut menjadi rukun khutbah. Pada asalnya, Allah SWT meny

MENJELANG AKHIR RAMADAN

Imej
Sedar tak sedar kita sudah sampai kepada penghujung Ramadhan pasti ramai di antara kita berasa sedih ditinggalkan oleh satu bulan yang mulia...Ramai juga antara kita sudah puas mengumpul sebanyak mungkin pahala terutama sekali masa 10 malam terakhir yang terdapat malamnya malam lailatul qadar...Bulan ramadhan bulan yang barakah penuh kesucian ini sahaja peluang untuk kita membuat ibadah sebanyak mungkin bak pepatah dalam suatu nasyid Isilah Ramadhan dengan sebaiknya Kerna ia datang setahun sekali Tahun hadapan belum tentu jumpa Kerna kita mati bila-bila masa Kematian yang datang tak dapat dijangka kerana rahsia kematian itu merupakan Rahsia Allah Azza Wa Jalla..Jadi sebagai seorang insan yang bernama manusia wajib mengimani adanya kematian dan hari kebangkitan untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki..manusia yang tinggal di atas muka bumi ini sebelum mencapai timbangan amal di hari akhirat perlu mencapai beberapa fasa dalam kehidupan terutamanya ujian dalam hidup.Ujian yang datang mengh

HIDUP POSITIF KECAP KEMANISAN IMAN

Sesungguhnya mental, fizikal dan spiritual adalah tiga aspek penting yang wujud dalam diri manusia sama ada yang bertamadun atau tidak, beragama atau tidak beragama. Ketiga-tiga aspek itu diisi oleh Islam berdasarkan panduan wahyu dengan nama iman, Islam dan ihsan. Iman adalah kepercayaan atau akidah. Islam adalah pengamalan atau syariat, manakala ihsan adalah kerohanian atau akhlak. Iman, Islam dan ihsan itu paksi kepada agama Islam seperti mana telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Ketiga-tiga paksi agama Islam itu mestilah diambil berat oleh setiap Muslim secara seiringan tanpa boleh dipisahkan. Apabila lengkap ketiga-tiga paksi itu maka lengkaplah penghayatan Islam seseorang. Sesungguhnya, kemanisan iman bermaksud perasaan gembira melakukan ibadah dan sanggup menanggung kesukaran demi mendapatkan keredaan Allah SWT serta rasul-Nya. Taatilah segala suruhan, larangan serta mengutamakan Allah SWT dan rasul-Nya lebih daripada segala-galanya. Rasulullah SAW menjelaskan, kemanisan iman i

BULAN YANG DINANTI

Imej
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh kepada semua pembaca blog saya hari ini..saya harap semua pembaca berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah sampai kepada bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan serta kita berjaya melalui hari pertama Ramadhan dengan jayanya sekali.Tapi di bulan yang mulia kali ini mungkin terdapat sedikit kelainan, berbeza dengan tahun yang sebelumnya kerana negara kita sedang diuji dengan wabak Covid-19 yang hampir meragut nyawa bukan saja khususnya di malaysia malah hampir seluruh penjuru dunia merasa impak daripada wabak ini.Iktibar yang dapat kita ambil dari kesan wabak ini untuk melahirkan rasa rendah diri serta mengakui akan kebesaran dan keesaan Allah S.W.T malah mendidik jiwa manusia supaya sabar dalam menempuh ujian hidup yang sentiasa ada cabaran dan rintangan.Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 286 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala keba

DIARI SEORANG PSIKIATRI

Kemurungan merupakan suatu episode kehidupan yang sangat sukar dilalui.Kesukaran itu pula tidak boleh diceritakan menggunakan perkataan melainkan mereka yang melaluinya sahaja yang benar benar memahami.Pada masa sama keadaan mereka itu juga perlu untuk difahami. Tahukah anda apakah antara perasaan yang sering dialami oleh mereka yang menghidap kemurungan ini? Disebabkan fungsi kognitif yang terganggu serta perasaan murung berpanjangan maka mereka akan berasa diri masing masing menjadi satu bebanan kepada orang lain.Berasa bahawa mereka tidak layak untuk hidup kerana menyusahkan orang lain.Pesakit juga berasa malu dengan diri sendiri,sedih kerana tidak cukup kuat,berasa kecewa kerana dianggap terlalu lemah dan tidak beupaya untuk melawan. Lantas disebabkan perasaan perasaan tersebut maka pesakit akan memakai “topeng” di hadapan manusia lain.Dengan itu anda akan melihat mereka tersenyum.Namun begitu pernahkah anda melihat mereka menangis? Seorang pesakit pernah memberit

SEJARAH PENULISAN AL QURAN (KITAB WAHYU)

NASKHAH kitab al-Quran yang ada pada hari ini lengkap dengan titik dan tanda baris serta wakaf yang mudah untuk kita membacanya, melalui lima fasa bermula dengan penulisan wahyu Allah SWT oleh sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW. Walaupun ketika hayat Baginda, al-Quran dipelajari menerusi hafazan dengan cara sahabat bertalaqi (belajar dalam bentuk pertemuan dengan guru) bersama Rasulullah SAW, Baginda akan meminta sahabat yang dipertanggungjawabkan untuk menulis wahyu Allah SWT itu secepat mungkin. Dalam kalangan sahabat, terdapat enam penulis al-Quran yang paling popular, iaitu Abdullah ibnu Saad, Uthman ibnu Affan, Ali ibnu Abi Talib, Ubai ibnu Kaab, Zaid ibnu Thabit dan Muawiyah ibnu Abi Sufyan. Sebenarnya Rasulullah SAW mempunyai 44 penulis tetapi enam tokoh itu menjadi penulis tetap wahyu, manakala sahabat yang lain ada ditugaskan menulis surat rasmi. Ketika itu penulisan dibuat pada kulit atau ar-riqa'; tulang unta dan kambing yang sudah disamak (al-aktaf); pelepah tamar (

TRIP KE PULAU LANGKAWI 4H 3M

Imej
Hai korang jemputlah untuk tengok dalam blog saya yang tak seberapa ni,so saya hari ni nak share pengalaman masa saya pergi bercuti ke pulau langkawi..So untuk first time travel ni mula lah kami buat itinerary dulu kalau tak memang schedule kami terabur lah kan..hehehehe...btw kami buka lah portal Air Asia yang dikatakan kapal terbang tambang murah tu (murah la sangat)...check punya check dapat la jumpa harga yang terbaik,arrange RM 400 ++  gitu .Boleh la so saya pergi seramai 3 orang so memang sangat berbaloi beb mana nak dapat kan..kitaorang pergi sana 5/5 - 8/5..ok la kan Air Asia ada menawarkan pengunaan kad Big Pay air asia,kelebihan kad ni lepas saja kita membuat pembayaran tak ada fee charge so better korang mohon dulu kad ni just RM 20 saja,saya tak buat kad ni sebab baru je tahu huhu alamatnya kena la bayar fee charge tu tak sure berapa harganya.Lepas tu kitaorang cari tempat penginapan pula ya melalui Booking.com jadi tak cakap banyak terus booking and prepair go to