DIARI SEORANG PSIKIATRI
Kemurungan merupakan suatu episode kehidupan yang sangat sukar
dilalui.Kesukaran itu pula tidak boleh diceritakan menggunakan perkataan
melainkan mereka yang melaluinya sahaja yang benar benar memahami.Pada masa
sama keadaan mereka itu juga perlu untuk difahami.
Tahukah anda apakah antara perasaan yang sering dialami oleh mereka yang
menghidap kemurungan ini?
Disebabkan fungsi kognitif yang terganggu serta perasaan murung
berpanjangan maka mereka akan berasa diri masing masing menjadi satu bebanan
kepada orang lain.Berasa bahawa mereka tidak layak untuk hidup kerana
menyusahkan orang lain.Pesakit juga berasa malu dengan diri sendiri,sedih
kerana tidak cukup kuat,berasa kecewa kerana dianggap terlalu lemah dan tidak
beupaya untuk melawan.
Lantas disebabkan perasaan perasaan tersebut maka pesakit akan memakai “topeng”
di hadapan manusia lain.Dengan itu anda akan melihat mereka tersenyum.Namun
begitu pernahkah anda melihat mereka menangis?
Seorang pesakit pernah memberitahu bahawa setiap kali ke tempat kerja,
dia akan menangis terlebih dahulu dalam kereta kerana bimbang akan menangis
dalam pejabat.Semasa waktu rehat dia akan ke tandas untuk menangis secara diam
selain menangis semasa tidur.Mujurlah tangisannya itu didengari oleh sahabat baik
yang kemudian menasihatkannya untuk mendapatkan rawatan di unit psikiatri
berhampiran.
Seorang pesakit yang mengalami kemurungan dan kecelaruan keresahan
(anxiety) pernah bercerita yang dia seing menjerit dalam tandas dengan cara
menekup mulutnya dengan tangan.Dia kemudian kana diserang rasa loya dan muntah
muntah setiap kali diserang simptom panik.Tiba tiba dia juga di berasa takut
kerana tidak mahu orang lain tahu tentang keadaanya itu.Semuanya dihadapi
sendirian kerana tidak mahu digelar lemah,pernahkah anda mengalami perasaan
sedemikian?Mereka ini memerlukan rawatan berterusan sama ada secara perubatan
ataupun psikoterapi.
Bahkan rawatan rawatan ini memerlukan masa untuk mereka kembali pulih.Justeru,berikanlah
pesakit masa,Penulis juga seringkali ditanya apakah bentuk bantuan yang boleh
diberikan setelah mengetahui terdapat rakan rakan yang mengalami kemurungan?
Ketahuilah,perkara utama yang perlu dilakukan ialah memberikan semangat
dan kepercayaan kepada pesakit bahawa mereka boleh pulih seperti biasa.Juga,
memberi keyakinan bahawa anda akan sentiasa berada di sisi untuk
membantu.Itulah yang sangat diperlukan oleh mereka.
Ulasan
Catat Ulasan