MENJELANG AKHIR RAMADAN
Sedar tak sedar kita sudah sampai kepada penghujung Ramadhan pasti ramai di antara kita berasa sedih ditinggalkan oleh satu bulan yang mulia...Ramai juga antara kita sudah puas mengumpul sebanyak mungkin pahala terutama sekali masa 10 malam terakhir yang terdapat malamnya malam lailatul qadar...Bulan ramadhan bulan yang barakah penuh kesucian ini sahaja peluang untuk kita membuat ibadah sebanyak mungkin bak pepatah dalam suatu nasyid
Isilah Ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
Kematian yang datang tak dapat dijangka kerana rahsia kematian itu merupakan Rahsia Allah Azza Wa Jalla..Jadi sebagai seorang insan yang bernama manusia wajib mengimani adanya kematian dan hari kebangkitan untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki..manusia yang tinggal di atas muka bumi ini sebelum mencapai timbangan amal di hari akhirat perlu mencapai beberapa fasa dalam kehidupan terutamanya ujian dalam hidup.Ujian yang datang menghampiri terkadang sukar untuk dihadapi akan tetapi hikmah disebalik peristiwa tersebut tidak pula dihayati..Itulah sikap segelintir manusia yang hanya tahu untuk menghukum tanpa diselidik kebaikan di sebalik kejadian..Hal yang terjadi tidak pula diambil sebagai ibrah atau pengajaran sebagai pedoman hidup terutama selepas ditimpa musibah langsung tidak mengambil sebagai suatu pengajaran yang berguna...Inilah manusia masih dengan sikap takabbur,berlagak sombong hanya tahu mendongak langit saja sedangkan dirinya tak sedar bahawa dunia sudah bertongkat demi menuju ke alam yang abadi..Setiap amalan yang dicatat oleh malaikat raqib dan atid merangkumi apa sahaja pergerakan kita di dunia sama ada menuju ke jalan kebaikan atau keburukan yang menjadi bekal ketika di sana,sama ada bekal yang dibawa membawa kita ke syurga yang abadi penuh dengan segala kenikmatan yang belum tentu dapat dikecapi dengan mata,haruman yang belum pernah dihidu,suara suara yang merdu bertali arus memenuhi ruangan setiap inci syurga...sebaliknya bekal yang dibawa boleh membawa kita ke neraka yang juga abadi tetapi penuh dengan penyeksaan, penderitaan yang pasti penderitaan tersebut belum pernah dirasai oleh seorang manusia diatas muka bumi ,bauan yang busuk yang belum pernah seorang manusia pun dapat menahannya,kepanasan yang belum pernah merasa bahang dan bakarannya digandakan sehingga 70 kali ganda..
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (An-Nisaa':122)
Buat renungan kita bersama apa yang sebenar benarnya yang kita cari diatas muka bumi ini,selagi nyawa masih berdamping di jasad rebutlah peluang untuk beribadat..kemanisan dalam ibadah dapat dirasai apabila kita berasa tenang dan sentiasa bersyukur akan pemberian Nya..Hati yang tenang dalam beribadah dapat melahirkan rasa kusyuk serta hati mudah berasa tenang tanpa memikirkan masalah dunia..Hakikat yang dicari dalam dunia ini tidaklah kekal malah akan musnah jua pada suatu hari nanti jadi perlukah kita mendambakan pada suatu benda yang musnah serta akan menjerumuskan diri ke api neraka...Harta² yang ada boleh menjadi pembela atau pendakwa kepada kita di akhirat nanti bergantung kepada jalan harta yang diberikan..Harta yang berlebihan boleh menimbulkan sifat riak,ujub dan takabbur dan menggelapkan hati bagi manusia yang sering mengikut nafsu serakah berbuat apa sahaja tanpa memikirkan baik buruk..Jadi pembersihan harta melalui jalan zakat merupakan suatu kaedah yang terbaik untuk mengagihkan sebahagian harta kepada fakir dan miskin..
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah:213)
Akhir kalam daripada saya MOHAMAD AZANI BIN AHMADI semoga kita mendapat pahala yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini...semoga kita semua dipanjangkan umur dan dijodohkan untuk bertemu bulan Ramadhan pada tahun hadapan...Saya dengan ini hendak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin 1441H kepada keluarga saya serta pembaca yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini...Mudahan Allah S.W.T sentiasa merahmati apa sahaja perbuatan yang baik kita lakukan sepanjang masih bernafas di dunia..Aminn ya rabbal Alamin..
Ulasan
Catat Ulasan