Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

DIARI SEORANG PSIKIATRI

Kemurungan merupakan suatu episode kehidupan yang sangat sukar dilalui.Kesukaran itu pula tidak boleh diceritakan menggunakan perkataan melainkan mereka yang melaluinya sahaja yang benar benar memahami.Pada masa sama keadaan mereka itu juga perlu untuk difahami. Tahukah anda apakah antara perasaan yang sering dialami oleh mereka yang menghidap kemurungan ini? Disebabkan fungsi kognitif yang terganggu serta perasaan murung berpanjangan maka mereka akan berasa diri masing masing menjadi satu bebanan kepada orang lain.Berasa bahawa mereka tidak layak untuk hidup kerana menyusahkan orang lain.Pesakit juga berasa malu dengan diri sendiri,sedih kerana tidak cukup kuat,berasa kecewa kerana dianggap terlalu lemah dan tidak beupaya untuk melawan. Lantas disebabkan perasaan perasaan tersebut maka pesakit akan memakai “topeng” di hadapan manusia lain.Dengan itu anda akan melihat mereka tersenyum.Namun begitu pernahkah anda melihat mereka menangis? Seorang pesakit pernah memberit...

SEJARAH PENULISAN AL QURAN (KITAB WAHYU)

NASKHAH kitab al-Quran yang ada pada hari ini lengkap dengan titik dan tanda baris serta wakaf yang mudah untuk kita membacanya, melalui lima fasa bermula dengan penulisan wahyu Allah SWT oleh sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW. Walaupun ketika hayat Baginda, al-Quran dipelajari menerusi hafazan dengan cara sahabat bertalaqi (belajar dalam bentuk pertemuan dengan guru) bersama Rasulullah SAW, Baginda akan meminta sahabat yang dipertanggungjawabkan untuk menulis wahyu Allah SWT itu secepat mungkin. Dalam kalangan sahabat, terdapat enam penulis al-Quran yang paling popular, iaitu Abdullah ibnu Saad, Uthman ibnu Affan, Ali ibnu Abi Talib, Ubai ibnu Kaab, Zaid ibnu Thabit dan Muawiyah ibnu Abi Sufyan. Sebenarnya Rasulullah SAW mempunyai 44 penulis tetapi enam tokoh itu menjadi penulis tetap wahyu, manakala sahabat yang lain ada ditugaskan menulis surat rasmi. Ketika itu penulisan dibuat pada kulit atau ar-riqa'; tulang unta dan kambing yang sudah disamak (al-aktaf); pelepah tamar (...