BULAN YANG DINANTI
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh kepada semua pembaca blog saya hari ini..saya harap semua pembaca berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah sampai kepada bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan serta kita berjaya melalui hari pertama Ramadhan dengan jayanya sekali.Tapi di bulan yang mulia kali ini mungkin terdapat sedikit kelainan, berbeza dengan tahun yang sebelumnya kerana negara kita sedang diuji dengan wabak Covid-19 yang hampir meragut nyawa bukan saja khususnya di malaysia malah hampir seluruh penjuru dunia merasa impak daripada wabak ini.Iktibar yang dapat kita ambil dari kesan wabak ini untuk melahirkan rasa rendah diri serta mengakui akan kebesaran dan keesaan Allah S.W.T malah mendidik jiwa manusia supaya sabar dalam menempuh ujian hidup yang sentiasa ada cabaran dan rintangan.Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya QS(2:286)
Dalam kita menelusuri bulan ramadhan yang mulia ini dapat kita lihat rata rata di kalangan manusia masih ada dalam serba kekurangan tak kurang juga ada yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.Masih ada lagi dalam kalangan manusia masih melakukan dosa dosa kecil seakan perkara biasa dalam hidupnya..jadi pada bulan Ramadhan yang mulia ini rebutlah peluang ini dengan sebaiknya untuk membuat amalan yang baik biarpun kecil tapi berterusan.
Akhir Kalam saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Bersihkan hati luruskan niat sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah..Wassalam
Ulasan
Catat Ulasan