AWAL RAMADHAN 2021
Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog JURNAL HIDUP.
Dah nak dekat setahun saya tak update blog ni..hari ni first ramadhan hari yang penuh rahmat dan keberkatan di mana semua umat Islam akan berpuasa dari terbit fajar sehingga masuknya azan maghrib yakni sehingga terbenamnya matahari...
Puasa yang dapat kita fahami bukan sahaja sekadar menahan lapar dan dahaga akan tetapi menahan diri daripada melakukan perkara perkara kemungkaran..
Berpuasa dapat melemahkan syahwat yang menjadi punca kemaksiatan. Nilai ketakwaan dalam ibadat itu menyebabkan seseorang itu perlu meninggalkan perkara disukainya seperti makan, minum dan berjimak pada siang hari.
Jika perkara itu berjaya ditangani, dia mampu menahan diri sebagaimana berupaya menahan dirinya daripada melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.
Oleh itu, seorang Muslim akan menjadi orang bertakwa. Itulah nasihat yang sering didengari ketika khatib menyampaikan khutbah Jumaat yang turut menjadi rukun khutbah.
Pada asalnya, Allah SWT menyampaikan semua perintah-Nya yang mudah untuk diamalkan oleh umat Islam. Sebab itu, apabila ada beberapa perkara yang menjadikannya sukar, Allah SWT memberikan kemudahan lain dipanggil rukhsah.
Contohnya, gugurnya kewajipan fardu haji bagi mereka yang tidak mampu. Begitu juga Allah meringankan pelaksanaan ibadat solat, jika seseorang itu tidak mampu berdiri, dia boleh melakukannya dengan duduk atau berbaring.
Kehebatan doa orang berpuasa juga sangat luar biasa terutamanya pada bulan Ramadan. Allah SWT menggambarkan dalam al-Quran betapa dekatnya Dia dengan orang berpuasa.
Doa yang diungkapkan tidak akan tertolak. Maka, mohonlah doa yang baik-baik seperti keampunan dan keredaan Allah, pertambahan dan kemantapan iman, kesihatan tubuh badan dan dijauhkan daripada wabak penyakit, kematian yang baik dan diberikan rezeki yang lebih untuk amalan bersedekah.
Kita juga boleh memohon supaya Allah kurniakan kepada kita anak
yang soleh dan solehah, keluarga bahagia dan dirahmati Allah serta dijauhkan daripada fitnah azab kubur, dajal dan seksaan api neraka.
Akhir kalam saya MOHAMAD AZANI BIN AHMADI ingin mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa..raikan nya dengan hati yang syukur dan semangat muhibbah
Asalamualaikum w.b.t
Ulasan
Catat Ulasan